CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, February 1, 2009

Teksi Buat Hal Lagi

Sepanjang tiga tahun pengajian di area Serdang ini, teksi di komuter Serdang dah pun bertukar sistem iaitu sistem pemakaian kupon. Selalunya, penumpang akan dicaj mengikut budi bicara atau perkataan kasarnya 'Suka Hati' pemandu tetapi setelah menggunakan sistem kupon, sebuah teksi dicaj RM 10 sahaja. Kalau naik 4 orang ke destinasi yang sama, memang nampak keselesaan dan kewajaran harganya. Dulu aku pun memuji tapi ada yang tidak enak di sebalik sistem ini.
Contohnya, aku baru sahaja balik ke UPM, tentunya berseorang diri. Aku kalau bab bayar satu teksi ni, memang aku tak kisah tapi nak tahu apa jadi?? Aku beli RM 10.00 untuk 1 teksi, tapi pemandu teksi tu tunggu lagi bagi penuh teksi. Macam hari tu, kupon aku RM 10.00, campur dengan kupon seorang kakak lagi yang nak ke UPM jugak, RM 10.00, lepas tu campur lagi dengan 2 orang budak perempuan yang juga nak ke UPM, RM 10.00, jumlahnya berapa?? RM 30.00 !!
Bayangkan untuk sekali hantar, tanpa privasi, harganya adalah RM 30.00 dan jaraknya hanyalah sekangkang kera. Bukan aku tidak suka untuk berkongsi kenderaan, tapi kalau ini caranya memang salah.
Hendak dijadikan cerita aku jumpa kawan aku yang sama kolej dengan aku. Dia bawa awek dia. So, 3 orang la dalam 1 teksi. Tiba-tiba ada seorang lagi, nak ke UPM juga, jadilah 4 orang. So, 'tong pi tong mai', jumlahnya adalah RM 20.00. Sebelum kami semua masuk dalam teksi, uncle India tu suruh letak beg kat bonet belakang. Kami pun letak walaupun beg tu boleh saja dibawa masuk ke dalam. Lepas saja tutup bonet, uncle tu caj satu beg RM 1.00.
Dalam teksi, uncle tu bagi tau, salah ni kalau satu kupon ke 2 destinasi. Awek member aku tu kolej lain, tapi dekat saja pun. Aku tau memang tak boleh tapi ada caj lain iaitu RM 2.00. Aku pun tak kisah lah, buat bodoh walaupun dalam hati tu bengkaklah juga. Semua hal nak caj padahal dah lebih untung.
Aku dan kawan aku pun sampai kat kolej lepas uncle tu hantar yang 2 orang lagi ke kolej masing-masing. Masa inilah uncle ni cakap, dia nak caj lebih sikit sebab dia kata dia silap kole. Dia ingat kolej lain! Adui... Member aku ni dah pening-pening dah. Aku pun tanya berapa uncle mau??
"Kira semua sekali RM 8 sudahlah"
Peh! Campur semua sekali RM 28.00 untuk sekali hantar.... Memang anginlah aku ni. Aku pun cakap kalau sistem macam ni , yang dulu lagi bagus. Dulu dan sekarang sama saja, tak ingat yang kami ni student bukan lawyer! Kalau lawyer agaknya, tak berani nak buat macam tu.
"Kalau tak puas hati, you komen sana la"
Wah!!!! Memang tahap mencabar tu!

Jadi, aku ingatkan kepada sesiapa yang terkena dengan perkara seperti ini, terus dengan tegas minta 1 teksi untuk 1 tiket. Bukan kita berkira tapi kita perlu mengajar mereka supaya hormat dengan hak pengguna seperti kita. Ada sistem tapi nampak sistem tu lebih teruk. Alasannya tak cukup teksi, jadi terpaksalah buat macam tu!
Huh...Apapun alasan mereka, sudah tentu kelebihannya adalah untuk diri mereka sendiri. Bukan pengguna!

0 comments: