CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, February 6, 2009

Dunia Penulisan Kreatif


Setelah meninjau dan menilau ke blog demi blog, khasnya blog penulis tersohor, serta mencari maklumat tentang perkembangan penulis-penulis lain, ternyata bukan senang untuk menggapai sebuah status penulis yang disegani.

Dalam era moden seperti sekarang ini, kelahiran bakat-bakat baru dalam bidang penulisan memang banyak tetapi hasilnya masih belum mampu dibandingkan dengan orang lama. Contohnya, Usman Awang. Bakat-bakat baru yang muda remaja ini pada zahirnya, nama tertera di serata akhbar namun skopnya terbatas. Semua ini kerana tandusnya ilmu pengetahuan sehingga garapan demi garapan itu nampak biasa. Saya tidak menafikan masih ada yang hebat-hebat di luar sana, tetapi banyakkah orang yang hebat itu?

Malah saya sendiri mengakui remaja zaman sekarang malas membaca. Di ipta/ipts sendiri gejala ini dapat dilihat melalui hasil temuduga. Pengetahuan mereka cukup lemah hingga baru-baru ini status mahasiswa itu dikatakan tidak mampu digapai oleh pelajar ipt.

Saya juga berada dalam kategori tersebut. Perjalanan penulisan saya tersekat kerana kekurangan ilmu di dada. Waktu ini barulah saya sedar betapa pembacaan itu adalah tonggak utama dalam apa juga bidang. Kita seharusnya tidak mengabaikan perkara ini dan menganggapnya mudah. Kerajaan hanya mampu mengadakan kempen, menyediakan saluran dan bantuan yang pelbagai tetapi sekiranya tiada kemahuan, tiada mungkin ada jalan.

Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini juga adalah berkait rapat dengan keagamaan. Orang Islam terutamanya, harus memperbetulkan niat iaitu perjuangan dalam penulisan seharusnya berlandaskan kepentingan agama. Kita harus sama-sama mengasyikkan mereka dengan hasil tulisan kita, tetapi biarlah pada jalan yang benar sahaja. Akhlak, akidah dan sebagainya harus dibentuk.

Seandainya ada sesiapa yang membaca blog ini, janganlah menuding jari ke arah saya yang hina ini. Saya bukan seorang yang popular dalam bidang penulisan, tetapi saya juga insan biasa yang ingin menyuarakan suara hati yang sekian lama terbuku.

Saya juga ingin berterima kasih kepada emak saya yang selalu menunjukkan contoh membaca yang baik. Beliaulah yang mendorong saya memegang buku biarpun minatnya adalah novel dan majalah. Itu sudah memadai. Selain itu, guru-guru di sekolah lama, iaitu SKLS, Sek. Men. Raja Puan Muda Tengku Fauziah, iaitu guru bahasa Melayu terutamanya, Cikgu Bedah, Cikgu Nooraini, dan Cikgu Nordin Saad.

Tidak ketinggalan, tokoh yang saya segani iatu Dr Lim Swee Tin, yang banyak mencurah idea bernasnya itu dalam beberapa kursus bersama dengan beliau. Beliau juga tidak lokek ilmu, dan sentiasa menggalakkan serta menyediakan ruang untuk para pelajarnya mengemudikan karya di mana-mana penerbitan.

Sekian untuk kali ini ya! Selamat maju jaya untuk semua. =)

Ini ada gambar baru.

1 comments:

FadzliAbuBakar said...

Bakat boleh diasah dan dilatih... marilah kita sama-sama biasakan diri dengan menulis... anyway tahniah kerana penulisan blog anda juga menarik