CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 23, 2009

Alhamdulillah..Rezeki Allah s.w.t

Assalamualaikum..
Sorry la ek..lama benar aku tak update blog aku ni..yerla, aku sendiri pun nak dapatkan tenet ni pun susah sgt..

Ok.. Sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan dengan semua sahabat aku tak kiralah yang lama or yang baru2.. hehe..

Suatu pagi yang agak menjelang sikit tengah hari, aku dikejutkan dgn satu pggilan tepon.. Tut...Tut...
"Hello.." dengan suara serak-serak basah ala Ella gitu aku cuba menguatkan diri untuk menekan butang 'answer'..
hehe..
poyos..
Yang telefon tu tak lain tak bukan informer aku, merangkap penulis cerpen dan sajak terbanyak antara kita setakat ni.. wah aktif sungguh cik Hilmi kita.. Tunas Cipta tu dah dia pulak yg jadi penulis tetap.. hahaha...

Ok.. dia pun cakap, "Tahniah.."
aku pun kaget gak la.. Result keluar ke?? memang tak sabar2 aku, yerlah ni kan final kalau kantoi satu memang alamat extend la aku.. Waaa... tak nak!!
rupa-rupanya dia cakap tahniah sebab cerpen aku yang masuk Harmoni tu, ala yg Dr. Lim bagi korang baca dulu tu, dapat hadiah penghargaa cerpen kategori remaja. Memang terkujat sangat la time tu..
Aku pun dengan pantas bangun mandi dan mencari utusan di kedai berhampiran tapi malangnya tak ada plak..
aku ajak lah hubby aku p Kangar, bandar yg paling aman berbanding bandar lain.. (hahhahaaha..selamat datang ke Perlis lagi Permai)
Sampai kat satu kedai tu, xde Utusan, aku g cari lagi kedai sebelah xde gak.. eh.. nak tanya tapi kalau dah tak de nak tanya buat apa kan?? aku pun pelik gak,, betul ke ada utusan hari ni???? pelik sangat..
sebenarnya disebabkan kedunguan aku tahap kritikal, aku lupa bahawa utusan kalau time hujung minggu gitu ialah mingguan malaysia. Wah memang panas gak lah sebab dekat kedai kat rumah aku tu pun ada Mingguan tapi aku yang berlagak tak mau tanya.. memang padan muka lah berpanas terik selama 30 minit sebelum nak sampai Kangar.. hehe
Aku p kedai makan dekat the Store tu, belek-belek, "Eh..adalah nama Ra." Aku pun cakap gitu dengan hubby aku ni.. Dia mengulum senyum la.. ejek aku.. Adui.. Tak sapot toii..
hehe.. Dia memang gitu..
Tengok hadiah dia, "WoW!!! RM 800!!"
memang best sangatlah..
malangnya masa malam penganugerahan tu aku xde sebab dorang cari alamat aku dan contact num aku xde. Aku pulak tak tepon dorang. Memang xde rezeki la nak jumpa penulis-penulis lain. Wah.. seronok sangat..
Kiranya setakat ni, aku dapat dua kali hadiah penghargaan. Kedua-duanya cerpen.. Kira rezeki Alla swt bagilah tu..
Hadiahnya dipos tapi belum sampai lagi.. Nanti kalau ada sampai aku bagitau ek..

Aku dah lama tak buat cerpen ni.. Banyak sajak tapi semua dalam proses eram.. Aku nak tengok dulu kesedapan dan mesej dalam sajak tu.. Edit lebih kureng baru nak hantar.. Hantar sekaligus...
Seronok... Puas.... Memanglah!

So, untuk korang aku harap jangan fikirkan sangat tentang bakat, korang mesti boleh buat punya. Hantar satu, dua dan direject memang lumrah tapi cuba lagi dan akhirnya korang akan dapat hasilnya. Yang penting minat!!! MINAT!!!
Aku sekarang ni tengah mencari diri sendiri. Aku tak boleh menulis selagi aku tak dapat memperbaiki diri aku. Perjuangan kita dalam penulisan bukan semata-mata wang, kita perlu buat semua ni atas jalan Allah s.w.t.
Jadi, perlu sangat untuk aku yakinkan diri aku sendiri sebelum aku yakinkan orang lain. Setakat untuk memoralkan kehidupan orang dengan nilai-nilai dalam sesuatu karya memang boleh tapi tak salah kalau kita mantapkan pengetahuan kita dalam agama agar generasi akan datang terbentuk dalam nilai kehidupan yang lebih baik.

P/S : Tak lama dah nak konvo...!!! Bawa bunga untuk aku!!

Friday, February 6, 2009

Dunia Penulisan Kreatif


Setelah meninjau dan menilau ke blog demi blog, khasnya blog penulis tersohor, serta mencari maklumat tentang perkembangan penulis-penulis lain, ternyata bukan senang untuk menggapai sebuah status penulis yang disegani.

Dalam era moden seperti sekarang ini, kelahiran bakat-bakat baru dalam bidang penulisan memang banyak tetapi hasilnya masih belum mampu dibandingkan dengan orang lama. Contohnya, Usman Awang. Bakat-bakat baru yang muda remaja ini pada zahirnya, nama tertera di serata akhbar namun skopnya terbatas. Semua ini kerana tandusnya ilmu pengetahuan sehingga garapan demi garapan itu nampak biasa. Saya tidak menafikan masih ada yang hebat-hebat di luar sana, tetapi banyakkah orang yang hebat itu?

Malah saya sendiri mengakui remaja zaman sekarang malas membaca. Di ipta/ipts sendiri gejala ini dapat dilihat melalui hasil temuduga. Pengetahuan mereka cukup lemah hingga baru-baru ini status mahasiswa itu dikatakan tidak mampu digapai oleh pelajar ipt.

Saya juga berada dalam kategori tersebut. Perjalanan penulisan saya tersekat kerana kekurangan ilmu di dada. Waktu ini barulah saya sedar betapa pembacaan itu adalah tonggak utama dalam apa juga bidang. Kita seharusnya tidak mengabaikan perkara ini dan menganggapnya mudah. Kerajaan hanya mampu mengadakan kempen, menyediakan saluran dan bantuan yang pelbagai tetapi sekiranya tiada kemahuan, tiada mungkin ada jalan.

Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini juga adalah berkait rapat dengan keagamaan. Orang Islam terutamanya, harus memperbetulkan niat iaitu perjuangan dalam penulisan seharusnya berlandaskan kepentingan agama. Kita harus sama-sama mengasyikkan mereka dengan hasil tulisan kita, tetapi biarlah pada jalan yang benar sahaja. Akhlak, akidah dan sebagainya harus dibentuk.

Seandainya ada sesiapa yang membaca blog ini, janganlah menuding jari ke arah saya yang hina ini. Saya bukan seorang yang popular dalam bidang penulisan, tetapi saya juga insan biasa yang ingin menyuarakan suara hati yang sekian lama terbuku.

Saya juga ingin berterima kasih kepada emak saya yang selalu menunjukkan contoh membaca yang baik. Beliaulah yang mendorong saya memegang buku biarpun minatnya adalah novel dan majalah. Itu sudah memadai. Selain itu, guru-guru di sekolah lama, iaitu SKLS, Sek. Men. Raja Puan Muda Tengku Fauziah, iaitu guru bahasa Melayu terutamanya, Cikgu Bedah, Cikgu Nooraini, dan Cikgu Nordin Saad.

Tidak ketinggalan, tokoh yang saya segani iatu Dr Lim Swee Tin, yang banyak mencurah idea bernasnya itu dalam beberapa kursus bersama dengan beliau. Beliau juga tidak lokek ilmu, dan sentiasa menggalakkan serta menyediakan ruang untuk para pelajarnya mengemudikan karya di mana-mana penerbitan.

Sekian untuk kali ini ya! Selamat maju jaya untuk semua. =)

Ini ada gambar baru.

Sunday, February 1, 2009

Teksi Buat Hal Lagi

Sepanjang tiga tahun pengajian di area Serdang ini, teksi di komuter Serdang dah pun bertukar sistem iaitu sistem pemakaian kupon. Selalunya, penumpang akan dicaj mengikut budi bicara atau perkataan kasarnya 'Suka Hati' pemandu tetapi setelah menggunakan sistem kupon, sebuah teksi dicaj RM 10 sahaja. Kalau naik 4 orang ke destinasi yang sama, memang nampak keselesaan dan kewajaran harganya. Dulu aku pun memuji tapi ada yang tidak enak di sebalik sistem ini.
Contohnya, aku baru sahaja balik ke UPM, tentunya berseorang diri. Aku kalau bab bayar satu teksi ni, memang aku tak kisah tapi nak tahu apa jadi?? Aku beli RM 10.00 untuk 1 teksi, tapi pemandu teksi tu tunggu lagi bagi penuh teksi. Macam hari tu, kupon aku RM 10.00, campur dengan kupon seorang kakak lagi yang nak ke UPM jugak, RM 10.00, lepas tu campur lagi dengan 2 orang budak perempuan yang juga nak ke UPM, RM 10.00, jumlahnya berapa?? RM 30.00 !!
Bayangkan untuk sekali hantar, tanpa privasi, harganya adalah RM 30.00 dan jaraknya hanyalah sekangkang kera. Bukan aku tidak suka untuk berkongsi kenderaan, tapi kalau ini caranya memang salah.
Hendak dijadikan cerita aku jumpa kawan aku yang sama kolej dengan aku. Dia bawa awek dia. So, 3 orang la dalam 1 teksi. Tiba-tiba ada seorang lagi, nak ke UPM juga, jadilah 4 orang. So, 'tong pi tong mai', jumlahnya adalah RM 20.00. Sebelum kami semua masuk dalam teksi, uncle India tu suruh letak beg kat bonet belakang. Kami pun letak walaupun beg tu boleh saja dibawa masuk ke dalam. Lepas saja tutup bonet, uncle tu caj satu beg RM 1.00.
Dalam teksi, uncle tu bagi tau, salah ni kalau satu kupon ke 2 destinasi. Awek member aku tu kolej lain, tapi dekat saja pun. Aku tau memang tak boleh tapi ada caj lain iaitu RM 2.00. Aku pun tak kisah lah, buat bodoh walaupun dalam hati tu bengkaklah juga. Semua hal nak caj padahal dah lebih untung.
Aku dan kawan aku pun sampai kat kolej lepas uncle tu hantar yang 2 orang lagi ke kolej masing-masing. Masa inilah uncle ni cakap, dia nak caj lebih sikit sebab dia kata dia silap kole. Dia ingat kolej lain! Adui... Member aku ni dah pening-pening dah. Aku pun tanya berapa uncle mau??
"Kira semua sekali RM 8 sudahlah"
Peh! Campur semua sekali RM 28.00 untuk sekali hantar.... Memang anginlah aku ni. Aku pun cakap kalau sistem macam ni , yang dulu lagi bagus. Dulu dan sekarang sama saja, tak ingat yang kami ni student bukan lawyer! Kalau lawyer agaknya, tak berani nak buat macam tu.
"Kalau tak puas hati, you komen sana la"
Wah!!!! Memang tahap mencabar tu!

Jadi, aku ingatkan kepada sesiapa yang terkena dengan perkara seperti ini, terus dengan tegas minta 1 teksi untuk 1 tiket. Bukan kita berkira tapi kita perlu mengajar mereka supaya hormat dengan hak pengguna seperti kita. Ada sistem tapi nampak sistem tu lebih teruk. Alasannya tak cukup teksi, jadi terpaksalah buat macam tu!
Huh...Apapun alasan mereka, sudah tentu kelebihannya adalah untuk diri mereka sendiri. Bukan pengguna!

Sunday, January 18, 2009

AJL - Faizal Tahir

Wah.. Malam ni bukan main lagi, kolej pancarkan kat DM pertandingan AJL. Dalam kemeriahan menunggu persembahan demi persembahan, aku memang memuji AJL kali ini sebab semua yang bertanding ada gaya tersendiri dan kekuatannya yang berbeza. Cuma sedikit terkilan apabila artis yang aku harapkan menjadi JUARA hanya menang 3 anugerah. Walaupun itu sudah cukup, tetapi bagi aku gelaran JUARA itu penting dan Faizal Tahir memang layak.

Biarpun MUH yang menang, dan nampak terkejut dengan keputusan tersebut, aku percaya MUH memang ada kelebihannya tersendiri. Lagu tersebut ada nilai dan aura baru buat muzik tanah air. Aku bukan sesiapa untuk mengkritik dan anggaplah ianya satu pandangan kosong.

Kepada Faizal Tahir.. Beliau juga yang menjadi pilihan aku! Cayok!!!!

Memang best la lagu-lagu dia, walaupun sebelum ini dia pernah melalui proses pengasingan diri, tapi dia memang STAR. Auranya kalah Mawi lah.

Bukan setakat aku, malah hubby aku pun cakap, dengar suara FT saja, dah buat kita rasa tercucuk-cucuk. Hahaha...Kelakarlah!

Malam ini ada satu benda yang aku tafsirkan dalam persembahan FT iaitu melalui lagu SAMPAI SYURGA :
Dia buka baju... Hahaha..... Tapi baju yang sudah dibuka itu digantikan dengan baju lain yang lebih sesuai. Agaknyalah... Dan itu juga dapat disimpulkan sebagai satu simbol di mana FT membuang yang lama dan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Bagi aku, hal semalam usah dikenang.

Tahniah MUH! n I LOVE U FT...

Friday, January 16, 2009

Israel di bumi Palestin


Seberapa pantas pun masa berlalu, masih ada yang derita. Begitu juga dengan situasi perit yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Gaza pada waktu ini. Pertelingkahan di antara dua pihak iaitu HAMAS dan ISRAEL, telah pun mengakibatkan penderitaan kepada yang tidak bersalah. Pengeboman mengikut kepuasan nafsu sendiri ternyata menjadi pilihan tentera ISRAEL.
Kenapa harus semua hanya menggunungkan simpati walhal tiada sedikit pun sumbangan terhadap mereka. Kalau ada pun, ada yang disekat, lalu dengan apa carakah kita harus membantu?